Thursday, November 11, 2010

Oh...itu sebenarnya BAHAGIA....

Ada seorang lelaki berumur 92 tahun, meskipun dia buta tetapi mempunyai selera tinggi, kepercayaan diri, dan sangat bersyukur akan dirinya sendiri. Dia selalu berpakaian kemas, saban hari dengan rambutnya yang teratur rapi. Isterinya yang berumur 70 tahun baru sahaja meninggal dunia. Kerana hidupnya kini sebatang kara, mentelah lagi telah uzur dimamah usia, dia tiada pilihan melainkan harus menginap dirumah tumpangan orang-orang tua. Setelah menunggu dengan sabar selama beberapa jam dilobi, dia tersenyum manis ketika diberitahu bahawa kamarnya telah siap. Ketika dia berjalan dipimpin oleh petugas menuju ke elevator, dia menggambarkan keadaan kamarnya yang kecil dan jendela menghadap ke sebuah taman.

" Saya menyukainya " katanya dengan antusiastik seperti seorang anak kecil berumur 8 tahun yang baru saja mendapat hadiah.

" Pak, anda belum melihat kamarnya, tahan dulu perkataan tersebut " kata si
petugas.

" Perkara ini tidak ada hubungannya " orang tua itu menjawab. Sambungnya lagi
" Kebahagiaan adalah sesuatu yang kamu putuskan dari awal. Apakah aku akan menyukai kamarku atau tidak, tidak tergantung dari bagaimana perabutnya diatur tetapi bagaimana aku mengatur fikiranku. Aku sudah memutuskan menyukainya. Itu adalah keputusan yang kubuat setiap pagi ketika aku bangun tidur. Aku mempunyai sebuah pilihan; aku boleh menghabiskan waktu ditempat tidur menceritakan kesukaran-kesukaran yang terjadi padaku kerana ada sebahagian dari tubuhku yang tidak dapat berfungsi lagi, atau turun dari tempat tidur dan berterima kasih atas bahagian-bahagian lain yang masih berfungsi.

Setiap hari adalah hadiah, dan selagi mataku 'terbuka', aku akan memusatkan
perhatian pada hari yang baru dan semua kenangan indah dan bahagia yang
pernah kualami dan kusimpan. Hanya untuk kali ini dalam hidupku. Umur yang
sudah tua adalah seperti simpanan di bank. Kita akan mengambil dari yang telah
kita simpan. Jadi, nasihatku padamu adalah untuk menyimpan sebanyak-banyaknya kebahagiaan di bank kenangan kita. "


begitulah kisah seorang tua yang benar-benar menikmati 'harga dan nilai' KEBAHAGIAN, yang selama ini di tanya dan dicari oleh sekian ramai orang. walhal bahagia itu rupanya letak dihati yang jaraknya 'melekat' dalam diri.. bukan harus dicari kesana kemari.. tapi memperbaik apa yang selama ini didalam diri.. menikmatinya dan menyimpannya sebagai penawar sebagai manusia yang tahu erti hamba dan syukur pada Tuhan.

Oleh itu...Terima kasih padamu sahabat semua... yang telah mengisi bank kenanganku. Aku sedang menyimpannya.

Ingatkanlah lima peraturan sederhana untuk menjadi bahagia :

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan fikiranmu dari segala kekhuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Lebih... lebih lebih kan memberi...dan

5. kurangkan.. semakin kurangkan mengharap apa pun balasan...

No comments: