Kakak ku telah pergi menemui Ilahi jam 8 malam tanggal 20 Ogos 2011.. Terlalu cepat rasanya dia pergi meninggalkan kami..Baru 2 hari lepas aku berbual panjang dengannya di telefon..
Arwah pergi meninggalkan 2 orang anak perempuan dan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya..Selepas melahirkan, arwah mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa di masukkan ke ICU.. Bayinya pula masih memerlukan bantuan pernafasan.. Begitu jugak dengan arwah..
Kata doktor arwah sudah tidak boleh diselamatkan.. Tepat jam 8+ malam, khabar datang mengatakan arwah telah pergi menemui Yang Maha Hakiki.. Aku hanya mendapat tahu semua perkhabarab ni melalui panggilan telefon..Aku masih lagi berada di Tanah Malaya, sedangkan arwah dan keluargaku semua berada di kampung halamanku, Sabah..
Sungguh berat rasanya untuk aku menerima dugaan ini.. Lagi² bila memikirkan 3 orang anak saudaraku yang kehilangan ibu mereka..Yang sulung berumur 6 tahun..Kata ibuku, dia boleh menerima bahawa ibunya sudah tiada.. Yang aku kasihankan anak yang ke-2.. Baru berumur 2 tahun dan sangat manja dengan arwah..Tapi yang paling kasihan baby yang baru dilahirkan.. Belum sempat melihat wajah ibunya..
Aku sebagai adik hanya mampu berdoa dan bersabar..Aku kena bersabar demi untuk anak² saudaraku..
: Aku masih sabar menunggu flight esok pagi ke Sabah..masih setia menanti di LCCT...Ya Allah, tenangkanlah hatiku..

No comments:
Post a Comment