Friday, August 5, 2011

Antara Kucing Yang Terunik Di Dunia #2 - Turkish Angora


Pagi ni cerita pasal kucing lagi.. Kali ni Kucing Turkish Angora pulak..kucing Angora (Anggora/Angola) adalah salah satu kucing tertua yang berasal dari kota Angora, Turki. Kucing ini hampir mirip dengan Kucing Persia, namun bila diperhatikan hidungnya akan nampak berbeza. 


Kucing Angora memiliki hidung yang mancung dan nampak manis. Antara ciri lainnya :
- kepala yang membentuk huruf V @ segitiga
- telinga lebar dan muncung ke atas
- lehernya panjang dan halus
- memiliki mata yang berbentuk seperti kacang almond
- badannya kecil dan langsing,
- kaki dan ekornya nya panjang, tapi berotot besar


Lebar bahu dan punggungnya sama. Tetapi punggungnya lebih menonggeng melebihi bahunya, kerana kaki belakangnya lebih panjang berbanding kaki depannya.


Kebanyakan Kucing Angora berwarna putih, ungu muda dan coklat tua. Namun ada juga yang berwarna hitam, tricolour (putih, hitam, kuning kecoklatan), kuning, kemerahan dsb..


Bulu di lehernya lebih panjang berbanding bulu di badannya. Di bahagian perut dan ekor, bulu kucing ini lebih tebal dan panjang. Bulu telinganya halus seperti sutera, sedangkan bulu yang berada di bahagian bawah tubuhnya lebih tebal dan licin. Kucing Turkish Angora tidak memiliki 2 lapisan bulu, seperti kucing Persia, dan kerana itu kucing jenis ini mudah disikat bulunya.

comelnya..!!

Nice kan mata meow ni? Mata Angora Turki menjadikan baka ini unik. Matanya mungkin berwarna biru, hijau atau kuning, atau sebelah biru dan sebelah lagi kuning. Gen bertanggung jawab ke atas mantel yang berwarna putih, manakala mata biru berkait rapat dengan kemampuannya mendengar. Kehadiran mata berwarna biru pada mana² sisi mata kucing ini bererti telinganya pada sisi tersebut tuli. 



Kucing Turkish Angora termasuk dalam jenis kucing yang lincah, suka bergerak dan sangat peramah. Kucing ini mempunyai sifat pemburu, suka bila diajak berburu, dan suka bermain air. Ia juga suka meminta perhatian dan sangat manja.



Sehingga kini, jumlah Turkish Angora semakin meningkat, dan mempunyai populariti yang hampir sama dengan saingan terdekatnya, Kucing Persia.





PPssst ...! Sekali lagi iman ku diuji dengan kecomelan kucing² ni.. So cute..! 
credit to : Petzania City



No comments: