Monday, October 10, 2011

Sayang Kenapa Cintakan Saya?



Sayang Kenapa Cintakan Saya?

Selalunya bila pasangan kita ditanya dengan soalan "Sayang kenapa cintakan saya?". Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.

Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai. Pelik kan?

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapannya mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan hati tertarik. Hati sentiasa ingatkan dia, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.(aku pun cenggitu la jugak konon²nya.. ^_^)

Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cinta akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan matangnya hubungan yang terjalin tu.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Share bayar makan dan minum, Share transport ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta itu.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita. (betul kan?)

Cinta kini menjadi satu kehidupan. Perkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Dan kenyataannya, tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta... Cinta yang menjadi pengikat... Pengikat kepada dua insan (lelaki dan wanita) yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan yang bercinta itu, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan mereka adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.

Jadi, untuk jawapan kepada "Sayang kenapa cintakan saya?"

Kalau aku, i will say

"Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu."

dan tentunya

Aku cinta padamu...

Sayang dan Rindumu selalu. (SDRMS)...

Erti Kasih Sayang

P/s : Tiba² kan aku rei berbicara soal hati yang cenggini..? Hurm..Tapi betul la tu.. Setiap kejadian, masalah yang pernah dihadapi tu mengajar kita untuk mengenali dunia dengan lebih baik a.k.a mematangkan kita.. Betul kan?

No comments: