Thursday, August 4, 2011

Antara Kucing Yang Terunik Di Dunia - Scottish Fold


Helluw...Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..(tengok macam meow tu tengah bercakap kan? ^_^)


^_^ Di tengah hari yang tak berapa nak tengah ni, aku nak share sikit la dengan semua..Kali ni story pasal meow a.k.a kucing lagi.. Semalam pun cerita pasal kucing jugak.. Klik  SINI..Why kucing? Simple..! because i'm a cat lover.. ^_^ 


Nabi Muhammad S.A.W pun pernah memelihara this cutest creature dan antara yang baginda paling sayangi diberi nama MUEZZA.. So lets talk about cat.!


Scottish Fold, kucing dengan telinga terlipat. Kucing ni juga dikenali sebagai Kucing Coupari   dan berasal dari Skotlandia. Ciri² utama kucing Scottish Fold ini adalah penampilannya seperti burung hantu dengan mata yang besar dan memiliki telinga yang berlipat. 


Comel kan?? Menurut sumber lagi, kucing ini adalah hasil mutasi, sebab tu lah telinganya terlipat ke depan dan ke bawah, ke arah kepala mereka serta membuat wajah kucing ini mirip seperti burung hantu . (hmm..berfikir sejenak..Adakah kucing ni dikembangbiakkan dengan burung hantu?)



Kucing jenis ini termasuk dalam jenis kucing yang ramah dan tenang. Yang pasti, penampilannya cukup comel, dengan tubuhnya yang kembang, kaki yang agak pendek, berbulu tebal, dan matanya yang lebar. Warna bulunya pula ada bermacam-macam jenis.


Subhanallah..Oh my Diorr!!! comelnya..!!


Nenek moyang kucing jenis ini bernama Susie, yang lahir di Coupar Angus, Perthshire, Skotlandia, pada tahun 1961. William Ross, penggemar kucing yang tinggal di kawasan penternakan tersebut kemudiannya mengembangkan pembiakan spesies ini dengan bantuan Pat Turner.



Saat dilahirkan, Kucing Scottish Fold ni mempunyai telinga yang normal (a.k.a lurus). Setelah tiga minggu, barulah kelihatan telinganya mula terlipat. Penggemar kucing  menyukai Scottish Fold kerana sifatnya yang jinak, manja dan suka tidur dalam keadaan yang terlentang. So suweet kan? ^_^






Pssst ! : I can't control myself tengok comel²nya ciptaan Maha Pencipta ni.. Kalau meow ni ada depan mata aku, confirm kucing tu takkan datang cari aku lagi. Habis aku kiss² la ni jawabnya.. ^_^
Credit to : Kucingpurple.blog.com blog ni diilhamkan dalam bahasa Indonesia, jadi aku tafsirkan ikut pemahaman kita..^_^

2 comments:

Izuee Zs said...

darlen..sgt sgt sgt kiut ini spesis~tinguk pun cant control sda,apatah lg pegang kan3..

Unknown said...

ya ba...so dem cute..bkobar² macam maw pegang jak..