bila kemalasan mama mula capai tahap infinity, sampai blog pun tak teringin nak sentuh..
(harap maklum.)
Baru balik dari klinik Kesihatan Presint 3..Konon nak buka buku checkup baby sebab dekat ngan ofis..
Hajat tidak kesampaian jugak la jawabnya.. Kena ikut alamat rumah katanya.. Agak cerewet jugak actually.. Patutkah kena buat cenggitu? Kesian la macam tu kat kami² yang tidak berjiran tetangga dengan klinik kerajaan ni..Paling dekat pun Puchong tu..Jauh jugak kot..
Hurm..mama semakin membuyung sudah..Kakak² ofis pun dah bagi nama baru sempena kebuyungan yang makin terserlah ni.. Mak Buyung ok..huhu..tapi sedap jugak ba kena dengar..Bukannya nama pelik² pun..

Baby sudah masuk 18 minggu..Alhamdulillah..Moga selamat sampai hari due nanti..
Cant wait sambut new member ni.. Makin lasak sudah jugak anak mama satu ni..Rajin da bagi mama terbangun malam² dengan tendangan kasih sayangnya tu..
Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.
Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

No comments:
Post a Comment