Lepas check apa semua, doktor tu tahan aku lagi..Katanya belum sampai lagi masa nak bersalin.
"Puan, baru buka 2cm ni. Puan tahan dulu ye.Jangan teran dulu taw.."
Biar betul doktor ni. Aku serupa macam nak meneran sangat² dah ni..Tak tahan dah.
Tapi sebab memikirkan dia seorang doktor yang lagi tahu keadaan aku, aku pun tahan jugak.
Tapi setiap kali contraction datang, dan baby seperti menendang-nendang minta dikeluarkan dan aku tahan, makin pening kepala aku.
Dengan segala kudrat yang aku ada, aku ketuk-ketuk dinding tepi aku panggil sesiapa saja yang ada kat situ masa tu.
"Doktor.! Nurse.! Tolong saya..Tak tahan sangat dah ni.Rasa macam nak terberak sangat-sangat dah ni.!"
Agak kelakar bila diingat balik ayat tu.Tapi serius.Memang tu yang aku rasa masa tu
Kebetulan masa tu ada 2 orang sister (senior nurse yang pakai uniform biru tu..ntah betul ke nama aku bagi tu) datang kat situ.
Cepat² sister tu datang tengok keadaan aku. Melihat keadaan aku yang dah macam tak tahan sangat nak meneran, sister tu sempat pakai glove sebelah je. Terus diseluknya ke dalam.
Terus air muka dia berubah.Macam rupa singa nak baham mangsa pun ada.

"Hei! Siapa tahan patient ni lama-lama kat sini? Ni dah bukak 9cm ni! Dah boleh proceed to delivery ni.."
Dengan kelam kabut sister yang seorang lagi tolong tukar baju aku (baju sepital colour pink tu).Doktor yang check aku awal-awal tu dah cuak. Rupanya tu doktor baru..Baru masuk 3 hari bekerja.Ok..disebabkan dy baru, kesalahan dy masih boleh dimaafkan.
Ai is berjalan kaki okeh masuk labour room..padahal nurse tu dah offer naik wheelchair..
Dan proses bersalin pun berlangsung dalam lebih kurang setengah jam..
Banyak pengalaman bersalin yang aku dah lalui, bersalin anak ke 2 ni aku rasa sangat senang.. Mak nya agak santai sedikit even sakit contraction tu Dia saja yang tahu dan faham betapa manisnya.
Dengan usia kandungan yang baru mencecah 34 minggu 3 hari, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pra matang dengan berat 1.95kg.. Lebih 400 gram dari abang dia.
Tapi selepas dilahirkan, aku sempat peluk sekejap je. Baby terus dimasukkan ke wad NICU tanpa sempat aku susukan kerana masa tu dia mengalami banyak kompilasi.
Aku dipindahkan ke wad setelah sejam lebih berlalu. Encik suami dan kakak-kakak ipar yang menunggu proses aku melahirkan datang melawat dan membawa makanan. Tahu sangat-sangat dah.Orang lepas bersalin ni dia punya lapar lain macam. Macam setahun tak pernah jumpa nasik !
Encik suami pergi menjenguk baby kami dekat wad NICU yang kebetulan berdepan sahaja dengan wad bersalin. Kurang setengah jam dia datang balik dengan muka sedih dan risau. Ditanya kenapa dan ada apa masalah?
"Mama..tolong pegi tengok baby kejap.. Doktor buang tali pusat dia.. Banyak darah keluar.. Baby dah menangis-nangis kat sana.. Tak tahan tengok. "
Ya Allah, aku punya risau masa tu tak boleh dibayangkan. Hilang segala kesakitan aku rasa kejap tadi. Dengan segala kudrat yang ada, aku masuk wad NICU tengok apa yang dilaporkan oleh Encik suami tadi.
Kebetulan masa aku masuk, Puan Doktor tengah dalam proses menghentikan darah dari pusat baby kami.
Aku tengok muka baby.. Anak aku menangis, meraung sekuat hati tapi suara dia tak keluar sebab satu corong oksigen telah dimasukkan ke kerongkong dia. Sayu dan hibanya hati mak masa tu. Bercampur dengan api kemarahan yang meluap-luap.
Dengan rasa marah yang membuak, aku pi sound puan doktor.
"Why are you doing this to my baby doctor? Kenapa doktor potong tali pusat baby saya tanpa minta izin saya?Tanpa memberi salam, aku terus terjah cik puan doktor tu. Aku memang tersangat-sangat marah masa tu. Sakit hati, lagi perit tengok anak yang terssangat kecik tu diperlakukan sedemikian.
"Maaf puan, saya kena buat ini secepat yang mungkin untuk mengelakkan sebarang kompilasi lain datang"
Nampak jugak muka cik puan doc tu terkejut tapi cepat dia bagi aku respon.
" Itu saya tahu. Tapi sekurang-kurangnya doktor patut minta kebenaran saya dulu. Mak bayi budak ni masih hidup lagi doktor. Wad bersalin tu pun bukannya jauh berbatu. Sebelah je. How come you do this doktor?"
Masa tu memang tak fikir apa. Air mata tak payah cakap. Boleh tadah dengan baldi.
Cik Puan Doktor pandang aku dengan penuh simpati.
"Saya betul-betul minta maaf puan. Saya tahu itu silap saya. Tapi ini prosedur kerja kami. Kalau terlambat takut jangkitan kuman akan lebih teruk."
Panjang lebar doktor tu bagi explanation. Finally aku akur. Rasa bersalah pun ada sebab terus marah doktor tu tadi.
Aku terduduk diam sambil tengok doktor tu buat prosedur kat anak kami.
Selesai semua, baby dipindahkan ke satu wad yang perlu dipantau rapi oleh doktor dan jururawat bertugas.
Dengan langkah perlahan aku masuk bilik tu. Rasa pening, penat, sakit, mengantuk, lemah. Tapi aku gagahkan langkah demi langkah mendekati baby kami.
Dia diletakkan di atas baby cot yang khas. Kakinya kiri kanan penuh dengan wayar. Tangan pun sama jugak. Dengan tambahan wayar yg dicucuk ke dalam pusatnya. Lebih pilu bantuan oksigen yang dimasukkan melalui kerongkong dan melalui hidungnya. Setiap inci tubuh kecilnya aku tatap.
Jantungnya bernafas lemah. Ada sisa air mata di pipinya. Kesan darah di sekitar perutnya.
Perlahan-lahan menitis air mataku.
Anak kami dilahirkan tidak cukup bulan. Paru-parunya masih belum matang, jantung masih belum boleh mengawal sendiri sistem pernafasan. Ditambah lagi dengan sedikit jangkitan kuman dalam darah dan beberapa lagi masalah lain. Rasa tidak sanggup melihat anak yang dikandung 8 bulan dalam keadaan seperti itu. Mungkin bagi doktor itu cuma masalah kecil dan boleh diatasi dengan segera. Tapi bagi hati seorang ibu ni itu sudah cukup perit.
Perlahan-lahan aku sentuh jemari kecilnya. Aku bisikkan kata-kata semangat ditelinganya.
"Kamu harus kuat melawan semua ni sayang. Mama tahu kamu boleh.
Ramai menunggu kamu di rumah. Ada abang (Efun), papa, dan yg lain-lain."
Itu kisah setahun lebih yang dulu..Sekarang anak kecil tu sudah membesar jadi budak yang sihat (even selalu kena demam n selesema), dan ceria selalu..

Buah hati kami yang no.2,
- Muhammad Najmi Irsyad.
- lahir pada 14.12.2013 jam 1 tengahari, Sabtu
- Hosp. Kajang
Doa dan restu kami sentiasa bersama mu sayang..
p/s : tatapan anak-anak di hari tua nanti..
1 comment:
tunggu entry iqbal pulak :)
Post a Comment