Tuesday, December 15, 2015

Semoga Kau Kekal Tabah




Kata mereka, kau dibagi ujian kerana kau masih disayangi Allah. Masih dikasihi... Dan kau redha serta tabah mengharungi setiap ujian yang kau lalui.. Tetapi bilamana di satu saat kau diberi ujian yang begitu berat dan kau masih bertahan untuk bertarung.. Dan bilamana kau telah berusaha sehabis daya, semampu yang terdaya, sehingga pada akhirnya kau hanya mampu untuk berserah segala-segalanya kepadaNya, kerana kau percaya Dia adalah sebaik-baik perancang..



Namun kau masih bergelut di persimpangan yang sama, masih terkapai-kapai mencari ruang, masih lemas kesesakan.. Saat itu, kadang-kadang sungguh tiada lain yang kau rasakan selain hanya ingin berputus asa dengan semuanya, penat, sakit, merana, sehingga terkadang sudah tidak ada air mata ingin kau luahkan untuk menangisi kesengsaraanmu..


Sungguh kau sudah tidak berdaya menanggung semuanya ini.. Sesungguhnya kau mampu bertahan hingga ke saat ini kerana permata-permata berharga, amanah-amanah terindah yang telah diamanatkan kepada engkau untuk menjaganya hingga tiba saat kau dipanggil olehNya suatu hari nanti.. Semoga kau masih terus tabah dan bersabar mengharungi semuanya ini..


 Sentiasa ingat, sesungguhnya telah dikurniakan kepada engkau sesuatu yang tersangat indah dan berharga di penghujung penderitaanmu ini..

No comments: