

Lama aku cuti.. Maklum la kalau sudah berkeluarga lagi² berstatus mama macam aku ni, banyak perkara perlu dikorbankan..
Tengah godek² blog, blog sendiri. blog orang, blog orang kepada orang (apakah. ?? haha) ghupenye ada yang seru nama ai untuk menjawab soalan beliau..
Jadi dengan suka citanya 'ibu' sahut cabaran tu ye +Meeya Techik
Nebes lak nak jawab..haha
1. Introduce Yourself
- Ok.. nama penuh aku Norzilah binti Jibin..Umur 25 tahun. Berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.Pernah menjadi anak perantau di Semenanjung Malaysia selama 6 tahun.Bekerja sebagai kuli gomen di RTM Sabah.(Tolong jangan minta putar lagu lepaih ni..aku siku kang) Juga mengendalikan jual beli melalui online (WhatsApp dan Facebook). A wife and a mother for my 3 lil heroes. Tak tinggi tak ketot.(tapi masa kerja di Malaya dulu kawan-kawan rata² panggil aku 'Kechik') ..ok next!
2. Part time/Full time blogger?
- Setakat ni hanya mampu menjadi part and quarter time blogger.. Masih mencari arah tujuan sebenar blog ni sebab asalnya blog ni diwujudkan sejak dari Oktober 2010 untuk mengisi masa lapang dan tatapan anak-anakku nanti in the future.
3. Apa link blog? dan kenapa pilih link blog tu?
- link blog yayiekisahkami.blogspot.my .. yayie tu adalah gabungan gelaran nama aku dengan incik syuamey mula-mula bercinta dulu (yay dan yie).. kisah kami - asalnya blog ni diwujudkan untuk menyimpan 1001 kenangan, memori mengenai aku dan dia..tapi sekarang macam carca marba dah.haha
4. Suka suasana kampung atau bandar?
- Aku dilahirkan di kampung. Kampung mana biarlah rahsia..19 tahun tempoh aku membesar di kampung dan 6 tahun di bandar.. Bagi aku kampung dan bandar masing-masing ada pro dan contra memasing.. Terus terang cakap zaman single menyingle dulu aku prefer suasana bandar. Yang pernah berdarah muda atau masih berdarah muda mesti faham kenapa dan ada apa di bandar. Tapi sejak berkeluarga, aku prefer stay di kampung. Aku tak mau anak-anak aku terlepas betapa seronoknya suasana di kampung, menghayati dan memahami kehidupan di kampung.
5. Kalau diberi peluang untuk travel, tempat mana yang akan anda pilih?
- Masa di Malaya dulu, aku jenis yang suka travel.. Pantang dibagi peluang, lagi-lagi kalau diminta pergi kursus jauh-jauh aku sanggup angkat tangan. Dan kalau berkesempatan,teringin nak travel ke Switzerland dan Turki .. Ada apa di sana ? meh payung gambar sikit.
Matterhorn-Symbol for Switzerland
Creux du Van- Natural Spectacle
Aya Sofya (Hagia Sophia)- Turki
Rustem Pasha Mosque
Haa.. suka kan? ok..next Q please.!
6. Kalau marah, apa tindakan anda?
- Hurm.. aku kalau tengah marah, benda yang auto akan terjadi is menangis...dan menangis.. Sebab bagi aku dengan menangis rasa marah tu boleh kurang.. Kalau masa marah tu boleh sedar diri lagi, aku istigfar banyak-banyak sambil menangis banyak-banyak jugak! haha..
7. Suka/Tidak online shopping?
- Dah nama buat bisnes online takkan nak cakap tak suka kan? Aku buat bisnes melalui online salah satu sebabnya adalah kerana aku suka beli online.. So sit back, relax and please feel free to visit my page Nong Shoppe .. Alaa.. picit-picit mouse jak lepastu skrol.. as simple as ABC..
8. Binatang apa paling anda takut?
- Haha..aku takut dengan banyak binatang sebenarnya.. Lintah, lipas, tokek, lipan, lebah, tebuan, kelawar, ikan puyu.. tapi..tapi believe it or not, aku boleh je pegang ular(yg orang dok bawak gi mana-mana show tu la), kela jengking, cacing tanah and even ulat gonggok.. padahal aku rasa sama spesies je dengan yang aku takut tu..
see..?
9. Asal mana ? Haa marah-marah :p
- Aku asalnya berasal dari tanah.. Haa marah-marah..hahaha.. Nda' bah..Aku ini berasal dari Kota Belud, Sabah.. berasal dari kampung jak bah.. tapi masa aku bekerja di Malaya ramai yang tak percaya aku asal dari Sabah.. Dah tu, takkan aku nak junjung bukit bukau yang berkati-kati tu atas pale aku? haa marah-marah.. :p
10. Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya, ucapan apa yang akan anda ucap?
- Ni part paling aku suka ni..haha..Bismillah..Dah nama pun ibu hang kan, sila terima yang mulut aku ni memang suka membebel panjang-panjang, pastu suka-suka hati pi kata kat hang kalau time hang tengah mengadu domba kat aku..Biarpun aku ni kadang mengalahkan chipsmore yang kejap² tenggelam timbul, tak buleh muncul teruih depan hang masa hang perlu kami, tapi ketahui lah sayang aku kat hang dah macam aku sayang sedara mara aku sendiri. Nak² pula bakai laki hang tu pangkat anak buah aku( tapi dah jauh laa salasilahnya..) Aku suka macam mana perkenalan di antara kita terjadi..Aku minta maaf sejujurnya dari dalam hati untuk apa yang aku dan abah hang pernah buat kat hang dan Fendi.. Kami suka tengok dan tumpang bahagia tengok hubungan ampa dan bagaimana berjayanya ampa sekarang..
Doa aku dan abah hang, jaga diri, jaga hati, jaga iman, dan jaga Azfandi.. Moga apa yang ampa hajati tercapai.. Last but not least, In Shaa Allah kalau diberi rezeki ke sana lagi, sampai ja kat Shah Alam, orang yang ke 10 aku nak jumpa dan beletiaq panjang² adalah hang.. Haha..jangan touching² naa..
Sekian untuk esei aku kali ni..
Nak tanya sikit ni..
Hadiah.. mana hadiah..?





No comments:
Post a Comment